Selamat Pagi dan Salam Sejahtera.
Setelah sekian lama saya tidak menulis di halaman blog peribadi saya hari ini terpanggil untuk berkongsi sedikit pendapat dari seorang insan biasa.Seringkali kita sebagai manusia diuji dengan pelbagai cubaan di arena kehidupan duniawi yang fana ini.Kenapa kita diuji?Diuji dengan pelbagai ujian kegagalan, kecewaan, keraguan, kepiluan dan kehilangan insan tersayang.Apakah Tuhan tidak adil kerana kita diuji dengan musibah?Tuhan Maha Adil.Dia tidak pernah melakukan kesilapan demi kesempurnaan Sang Maha Esa.Kadang kala kita cemburu melihat sang kaya makin kaya dan mengasihani sang miskin yang makin miskin dan ditindas.Kita lihat Sang berkuasa ingin menguasai sang lemah umpama lembu yang dicucuk hidungnya dan sang ditindis bagaikan anjing yang ingin menggigit jari tuannya.Apakah ini adalah keadilan sejagat dan masyarakat madani?Lidah yang tidak bertulang sudah tidak dijaga dan dikawal demi ketuhanan kepada nafsu.yDimanakah pertimbangan kita sebagai insan yang rasional?Kenapakah fenomena ini berlaku di muka bumi tanah air kita yang majoritinya umat Islam ?Apakah Tuhan itu zalim kerana membenarkan semua kejadian tidak sihat berlaku di negara kita?Dimanakah nilai insan dan ihsan sesama manusia?Sebenarnya setiap yang berlaku didalam dunia ini adalah dinamakan sunnatullah.Maksud sunnatullah secara ringkasnya adalah percaturan ilahi terhadap segala kejadian di alam kosmos ini menurut ketentuanNya.Segala kebaikan dan keburukan dinamakan Qadar iaitu kuasa mutlak ilahi terhadap apa yang diinginkan terjadi kepada makhluk ciptaanNya.Oleh itu kita sentiasa disuruh untuk bersangka baik kepadaNya atau istilah moden berfikiran positif dan terbuka.Sebagai insan kita hanya mampu mengubah Qada iaitu usaha sedaya upaya dengan penuh kecekalan dan kesabaran dalam menghadapi cabaran kehidupan dunia yang fana ini.Percayalah kepada potensi yang ada pada diri kita sendiri.Selalulah kita bertanya diri kita 2 Soalan mudah.1.Siapa Diri Kita 2.Apakah matlamat hidup kita.Yakinlah pada Sang Maha Esa.Janganlah kita lupa siapa diri kita walau dimana kita berada di muka bumi tuhan ini.Selagimana kita mengingatinya pada setiap waktu dalam apa jua keadaan mustahil untuk dia melupakan diri kita.namun sebagai insan kita wajib mengakui kelemahan kita diwaktu solat berzikir dan berdoa kepadaNya tetapi Janganlah kita bersikap lemah terhadap cabaran dan ujian kehidupan.Hadapilah dengan kecekalan kesabaran dan penuh rasa tawakkal kepadaNya.Wallahuallam.
Saturday, October 13, 2012
Kecekalan dan Kesabaran
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment